Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

at 12:03 AM
16 MAY!! Selamat hari guru!!!!
  • buat cikgu-cikgu Sekolah KeBangSaan KamPung Melayu, KLuang..__terima kasih kerana mengajar saya apa itu sekolah?? mengajar saya mengira, membaca, mengarang, mengenal objek, melukis dan membimbing dalam apa jua aktiviti..cikgu mengajar saya apa itu cikgu..apa itu kawan-kawan.apa itu perpustakaan, apa itu perhimpunan, apa itu badan beruniform, apa itu kokorikulum, apa itu kelas..apa itu kantin...apa itu buku, apa itu papan hitam..apa itu guru besar.. semua nya bermula di Sek.Keb.Kg.Melayu..
  • Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang..._ Terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang diajar.. mengenalkan saya apa erti perjuangan. mengenal erti pendidikan, mengenal erti kepimpinan.."STK MUST LEAD". menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. di STK saya dapat tau betapa pentingnya pendidikan, betapa pentingnya persaingan dikalangan rakan seperjuangan. mengajar saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjamin masa hadapan. guru-guru stk mahukan kejayaann yang berkualiti..mengajar dengan penuh dedikasi...dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4..banyak yang saya perolehi..hasil bimbingan cikgu2 semua..
  • cikgu-cikgu MRSM Mersing...masa 2 tahun bersama-sama di bumi mersing memberi seribu makna kehidupan..Terima kasih cikgu. mengajar saya untuk berdisiplin, mengajar saya untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pelajar.. di MRSM Mersing saya dan rakan-rakan mengenal kepelbagaian dugaan dan cabaran dalam kehidupan sebagai pelajar.. dan cikgu mengajar kami untuk mengharungi nya.. cikgu berusaha memberikan pendidikan yang terbaik dan berkualiti.. mengenalkan persaing-persaing di luar maktab..memberi galakan.. memberi kata-kata semangat..bersedia mengajar tidak kira siang dan malam. menjaga kami 24/7 .. cikgu-cikgu lah keluarga kami di MERsING..TEriMA Kasih Cikgu!!!
  • cikgu-cikgu SekOlah Agama Gunung Lambak.. terima kasih ustaz dan ustazah.. memberi kami ilmu akhirat yang sangat-sangat berguna dalam kehidupan..mengajar saya kehidupan sebagai muslimah..mengenalkana saya erti tudung, erti agama.. perjuangan cikgu yang tidak pernah jemu..saya sangat2 berterimakasih dan hargai...
  • buat rakan-rakan ku yang bakal menjadi cikgu..selamat hari guru..juga...jadilah diri kamu semua seperti cikgu2 kita..yang tidak pernah erti putus asa membantu kita..sehingga kita menjadi insan yang berilmu..
  • kepada rakan-rakan ku yang pernah mengajar aku..memberi ak ilmu yang berguna dan memberi bantuan ketika di tahap "blur"..menjadi "sifuku"."cikgu"."e-book ku".thank you very much..

0 comments:

 

terbangTinggi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device