Thursday, June 17, 2010

Warna & Watak

at 7:41 PM 3 comments
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

1. MERAH
2. HIJAU
3. KUNING
4. BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH


Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.



Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya :Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.




Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

* BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.


Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.



Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik.
Sifatnya :Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas,berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM

KELABU


Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

HITAM


Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

COKLAT

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

UNGU

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

p/s:: sangat suka warna Pink & Purple

Tuesday, June 15, 2010

Text Untuk daiA

at 9:28 PM 1 comments
Sesuatu yang x dijangka pasti akan berlaku..
Kita yang merancang, dan hanya TUHAN yang menentukan

SO, apa-apa yang terjadi, keredhaan dalam diri perlu ada.
Jika diberi pelbagai pilihan, pro and cons perlu dikaji...
Setiap yang berlaku pasti ader hikmahnyer~~
Samada ia manis utk dikenang..ataupun pahit untuk ditelan
kiter perlu harungi dengan penuh tabah..
Upss!! ketabahan mungkin tidak mencukupi..
Kiter perlu bijak mengharungi liku-liku kehidupan..

The Most Important THing!!

Memiliki apa yang kita mahu bukanlah Kebahagian Sebenar..
tetapi..
Kebahagian Akan Tiba Bila Wujud Rasa Bersyukur Dalam Diri!!

Thursday, June 3, 2010

at 1:03 AM 1 comments

Agnes Monica – Matahariku (OST Jelita)


tertutup sudah pintu, pintu hatiku

yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu

kini kau pergi dari hidupku

ku harus relakanmu walau aku tak mau


* berjuta warna pelangi di dalam hati

sejenak luluh bergeming menjauh pergi

tak ada lagi cahaya suci

semua nada beranjak, aku terdiam sepi


** dengarlah matahariku suara tangisanku

ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

ucapkan matahariku puisi tentang hidupku

tentangku yang tak mampu melakukan waktu


repeat *


dengarkanlah kau matahariku


dengarlah matahariku suara tangisanku

ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku


repeat **




 

terbangTinggi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device